Rabu, Ogos 19, 2009

Sabtu 15/08/09, trip yang dirancang oleh Bob telah disertai oleh Bob, Aceh dan Arip. Kali ini mereka telah merancang untuk ke Kelong Limat. Boy tidak turut serta kerana trip tersebut dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Ramai orang katanya. Mereka tiba di kelong jam 8.00 pagi dan ketibaan mereka disambut oleh hujan dan ribut petir. Hampir tiga jam baru hujan reda. Seperti yang dijangka di kelong, ia telah dipenuhi oleh Singaporeans. Di kelong hanya ada dua spot untuk memancing. Nampak gaya kena beralah. Kedengaran seperti mereka (Singaporeans) akan pulang pada petang itu. Bob dan rakan-rakan mula tersenyum. Dapat gak memancing. Tunggu punya tunggu tak ada tanda pun mereka akan pulang pada petang itu. Kecewa. Dengan hati yang hampa, mereka memancing juga. Hasilnya dua ekor ikan merah dapat dinaikkan dan seekor anak kerapu. Keesokan paginya mereka terus pulang dengan hasil yang tak seberapa itu.

0 comments: