Mengendap Siakap di Kong-Kong

Sabtu, Ogos 08, 2009

05/08/2009 kami berempat, Boy, Bob, Aceh dan Ejoy (cameraman majalah Sirip) bertolak ke jeti Kong-Kong. Tujuannya satu, menduga Siakap dan mencari Kerapu. Kami tiba lewat di Kong-Kong lebih kurang jam 8.45 pagi. Tiga jam lewat dari jadual. Di Kong-Kong kami terus memunggah barang-barang kami untuk dimasukkan ke dalam bot. Ah Kow yang telah lama menunggu terus membantu membawa barang-barang kami ke dalam bot. Dah banyak masa yang terbuang. Kami terus ke lubuk siakap. Memandangkan air masih surut, kami cuba untuk mencari ikan di kawasan sekitar. Dengan bantuan sonar, kami tidak dapat mengesan pergerakan ikan. Sedih.. Lebih kurang hampir pukul 12.00 tengahari kami memulakan misi pertama. Di koordinat, kami berempat terus mencuba untuk menaikkan siakap. Hampir sejam, joran Aceh strike. Siakap. Kami terus menggulung tali untuk memudahkan Aceh bermain dengan siakapnya. Perambut yang digunakan hanya 20 paun. Hasilya Siakap 1.8kg berjaya dijinakkan. Senyum Aceh sampai ke telinga. Siakap Liar. Kami yang lain terus mencuba tetapi malang. GAGAL. Jam tiga petang kami beralih ke lubuk kerapu. Dari skrin sonar, banyak ikan di bawah bot tapi semua saiz anak-anak je. Di koordinat, kami terus membaling umpan dengan harapan dapat menaikkan kerapu saiz bapak-bapak atau sekurang-kurangnya saiz abang-abang. Tiba-tiba joran ejoy strike. Kerapu saiz anak dapat dinaikkan. Seterusnya Aceh pula yang mendapat strike. Sama juga, saiz anak yang berjaya dinaikkan. Selang beberapa minit Boy pulak mendapat strike. Kali ini saiz cucu kut. Baru membaling umpan joran Boy yang lagi satu pulak strike. Kali ini lagi menyedihkan. Saiz cicit pulak yang dinaikkan. Bob pula, tanya dia sendiri la. Dari tadi tak ada nama dia disebut. Paham-paham je la. Jam enam petang kami balik ke jeti. Hasilnya kurang memberangsangkan. target kami seorang dua ekor siakap dapat dijinakkan dan kerapu yang bersaiz satu kilo ke atas dapat dinaikkan tetapi hasilnya, tengok pada gambar. Kami akan ke sana sekali lagi untuk mencuba lagi mendapatkan target kami.

0 comments: