Mangkatnya Sultan Johor

Sabtu, Januari 23, 2010

DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail telah meninggalkan kita semua pada hari Jumaat 22hb Januari 2010 bersamaan dengan 06 Safar 1431 pada jam lebih kurang 7:08 malam (rasmi). Mangkatnya baginda sultan telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat jelata di bawah naungannya. Bagi negeri Johor, seluruh negeri akan berkabung selama seminggu bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Rakyat jelata tak kira bangsa turut berkabung mengikut adat dan agama masing-masing bagi menghormati Almarhum yang telah menjadi Sultan bagi negeri ini sejak tahun 1981. Buat ahli J-Strike, kami akan bercuti dari memanceng bagi turut menghormati tempoh berkabung. Selama seminggu ikan di laut tidak akan mengena mata kail kami. Selama seminggu tiada strike dari kami. Dalam tempoh ini diharap agar ikan-ikan di laut dapat manambahkan populasinya akibat ketiadaan kami.

0 comments: