Jumaat, Julai 02, 2010

Sabtu 26hb Jun 2010, tiga orang ahli komplot J-Strike telah pergi ke perairan gelang patah. Cuaca yang panas terik tidak mematahkan semangat anak-anak muda ini untuk ke laut. Spot pertama, unjam untuk mencari apollo..

Bob dengan talang semasa apollo..
Lokasi seterusnya di Pelabuhan Tanjung Pelepas namun hasilnya tidak memberangsangkan. Hanya ikan-ikan kecil yang meragut ganas umpan yang dihulur. Bosan dengan keadaan kami berpindah ke kawasan kelong. Kelong yang dahulunya berdiri teguh kini hanya tinggal nama.
Hanya tinggal tiang..
Sebelah petang kami ke unjam semula untuk membalas dendam..
Boy dengan ebek..
Hasil tangkapan kami untuk kali pertama memancing di perairan gelang patah dengan spot yang main hentam keromo..

1 comments:

ejoy berkata...

best woo..bila nak g lagi ni?