Trip Ke Karang Ngah Di Sekitar Pulau Aur pada 6-7hb Mei 2009

Sabtu, Jun 06, 2009

Trip ini disertai oleh Boy, Ejoy dan Geng Joran Lendut dari Simpang Renggam iaitu En Rafi, En Mizi, En Farid dan En Fareks. Ia sebenarnya telah diaturkan oleh Geng Joran Lendut dan disertai oleh kami Boy dan Ejoy. Kami telah berjumpa di Sedili pada jam 1:00 pagi. Di sana kami telah mengisi perut dulu untuk mengelakkan mabuk laut. Tiba di jeti Sedili sekitar jam 3:00 pagi kami menyiapkan perambut dan peralatan memancing kami sehingga tekong tiba lebih kurang pukul 4:00 pagi. Di dalam bot kami semua melelapkan mata sementara untuk tiba diunjam. Jam 8:00 pagi di unjam dan masing-masing mula memancing apollo untuk mencari umpan. Malang bagi Boy rupa-rupanya dia mabuk laut. Di unjam tidak seekor pun ikan dapat dinaikkan dan tekong terus mengajak untuk ke lubuk. Jam 10:00 pagi di lubuk pertama, masing-masing mula sibuk memancing. Geng Joran Lendut memancing di bahagian belakang bot, Boy dan Ejoy di bahagian depan. Malu kot. First time mancing sama. He he he. Ejoy menaikkan ikan pertama dan Boy mendapat ikan Delah sejurus kemudian. Tetapi memang malang si Boy kerana mabuk laut. Akhirnya Boy tidur dan tidur hingga lebih kurang jam 5:00 di mana tekong berhenti di Pulau Aur untuk berehat dan menyegarkan badan. Setelah selesai kami meneruskan perjalanan ke lubuk berikutnya. Boy terus tidur dan tidur sehingga esok pagi. Jam 8:00 pagi keesokannya kami berangkat pulang dan tiba di jeti lebih kurang pukul 2:00 petang. Akhirnya Boy dan Ejoy masing-masing dapat seekor ikan kerana tak larat nak memancing akibat mabuk. Setelah makan tengahari kami membahagi-bahagikan ikan. Untuk Boy dan Ejoy tak pasal-pasal dapat ikan kacang, kerapu, barat, delah, bayan. Untuk GENG JORAN LENDUT (joranlendut.forum2u.org), terima kasih kami pada semua kerana memberi kami peluang memancing bersama dan juga gambar mereka yang kami uploadkan.HAPPY FISHING

0 comments: