Sabtu 26hb Jun 2010, tiga orang ahli komplot J-Strike telah pergi ke perairan gelang patah. Cuaca yang panas terik tidak mematahkan semangat anak-anak muda ini untuk ke laut. Spot pertama, unjam untuk mencari apollo..
Sabtu 26hb Jun 2010, tiga orang ahli komplot J-Strike telah pergi ke perairan gelang patah. Cuaca yang panas terik tidak mematahkan semangat anak-anak muda ini untuk ke laut. Spot pertama, unjam untuk mencari apollo..
Posted by
J-Strike
at
5:52 PTG
1 comments
Ahad 9hb. Mei 2010, akibat sudah lama sangat tidak ke laut, Boy mengambil keputusan untuk memanceng di tasek. Ini pertama kali Boy memanceng ikan air tawar. Bersama-sama keluarga, lebih kurang pukul dua petang mulalah aktiviti memanceng. Menggunakan umpan cacing, dedak dan anak udang, ikan pertama dinaikkan oleh Boy.
Sehingga jam enam petang, hanya empat ekor ikan putih yang berjaya dinaikkan. Hasil dari pengalaman pertama.
Posted by
J-Strike
at
7:16 PTG
0
comments
Pada trip kali ini yang hanya di hadiri oleh 2 org ahli J-Strike yang tegar sahaja(Bobstan & Aceeh). Berkat usaha dan daya juang yang tinggi membuahkan hasil yang agak lumayan. Hasil tangkapan -: Ebek, Ikan merah, caping, selap papan, bawal itam DLL. Ujung bulan ni mungkin akan diadakan Trip Uncore Kelong 8. Kepada semua ahli2 J-Strike dpt join trip akan dtg ni....

Posted by
Bobstan
at
10:40 PG
0
comments
Labels: Bobstan
Buat ahli J-Strike, kami akan bercuti dari memanceng bagi turut menghormati tempoh berkabung. Selama seminggu ikan di laut tidak akan mengena mata kail kami. Selama seminggu tiada strike dari kami.
Dalam tempoh ini diharap agar ikan-ikan di laut dapat manambahkan populasinya akibat ketiadaan kami.

Posted by
J-Strike
at
9:22 PTG
0
comments
Minggu depan, 16hb - 17hb Januari 2010, satu trip untuk memancing di kelong Ah Leng. Trip kali ini dirancang dan diatur oleh Cikgu Kasmion.
Kepada pembaca-pembaca blog sekalian, jika berminat bolehlah turut serta untuk memeriahkan aktiviti hujung minggu tersebut. Tempat cuma dihadkan untuk sepuluh orang sahaja.
Sama-sama kita memanceng...
*BAYARAN UNTUK KELONG DAN BOT HANYA RM65 SEORANG *DINASIHATKAN MEMBAWA BEKALAN MAKAN DAN UMPAN *APOLLO SAIZ 4, 6 DAN 7 (PUTIH DAN TIADA MANIK)

Posted by
J-Strike
at
1:18 PTG
0
comments